homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
Random Access Memory (RAM)
Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) ialah sejenis bentuk storan data komputer. Lazimnya ia merupakan gabungan beberapa litar bersepadu di atas satu modul. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas papan induk

Jumlah kapasiti pada sesuatu modul RAM itu biasanya gandaan dari angka dua. Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur RAM pula ialah Megabait (MB). 1 MB bersamaan dengan 100 Kilobait (KB). Contoh kapasiti modul RAM ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Kebanyakan papan induk mempunyai sekurang-kurangnya 2 slot modul ingatan. Ini membolehkan beberapa modul ingatan dimasukkan di atas papan induk (bank ingatan). Teknologi “saluran duaan” berteraskan kepada dua modul yang kecil untuk membentuk satu kapasiti yang besar. Ini membolehkan capaian data pada kadaran yang lebih cepat. Misalnya untuk memiliki jumlah sebanyak 512 MB, kadar capaian data untuk dua keping modul 256 MB adalah lebih cepat berbanding dengan satu memori modul sebanyak 512 MB.

Kegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan. Oleh itu, RAM hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan cakera keras atau cakera optik yang mempunyai ingatan secara kekal. RAM digunakan kerana ingatan (memory) sementara tersebut boleh dicapai dengan rawak dangan kadar yang lebih pantas. Oleh itu, lebih besar ruang (diukur dengan Bait) dan kelajuan (diukur dengan Hertz) sesuatu RAM sangat mempengaruhi potensi sesebuah komputer.

POSTED BY Unknown ON Tuesday, 23 April 2013 @ 09:34
back | all rights reserved desiree 2012 | forth